
Acting
Akim Ahmad
Afiq Hakim "Akim" Ahmad atau nama penanya '"Hang Nadim'" (lahir 18 Januari 1991 bersamaan 2 Rejab 1411) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu "Bayangan Gurauan" dan "Takdir Dan Waktu". Beliau berasal dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.